Pada zaman yang serba canggih ini, masih terdapat masalah sosial yang semakin menjadi-jadi. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka atau sensitif atas permasalahan ini. Isu yang ingin di bincangkan ialah berkenaan kes rogol kanak-kanak dan wanita. Adakah anda sedari, pada zaman ini boleh di kategorikan zaman kekejaman terhadap wanita dan kanak yang bergelar perempuan. Bagi kaum lelaki mereka beranggapan wanita sebagai patung permainan mereka yang boleh di campak dan buang bila tidak berguna lagi, bak kata pepatah “habis madu,sepah di buang”. Di mana letak erti kemanusiaan yang terdapat dalam setiap diri manusia? Justeru itu, isu ini perlu diambil tindakan segera dan sewajarnya.
DEFINISI ROGOL
Apa yang di maksudkan dengan rogol? Definisi rogol ialah bersetubuh melalui kemaluan wanita atau dubur tanpa persetujuan individu tersebut atau secara paksaan. Perbuatan merogol ini merupakan satu peraniayaan kepada kaum wanita, namun ia tidak dapat di nafikan jika berlaku isu rogol, wanita akan dipersalahkan. Adakah ini adil untuk kaum wanita? Di sebabkan itu, wujud undang-undang bagi pesalah yang melakukan perbuatan merogol bagi menegakkan benang yang basah. Walaupun terdapat hukuman kepada perogol, namun bagi mangsa rogol dan juga keluarga mangsa ia tidak setimpal dan tidak dapat mengembalikan maruah dan nyawa seseorang. Nyawa? Sedarikah anda kebanyakkan mangsa rogol akhirnya dibunuh tanpa belas kasihan.
Bagi mangsa rogol, ini merupakan detik hitam dalam hidupnya. Parut yang mengerikan dan mungkin akan menyebabkan mangsa rogol trauma dan menderita sehingga akan menjadi insan yang sensitif sehingga hilang keyakinan diri dengan menggangap diri kotor,rosak, dan sanggup membujang. Kita perlu membantu golongan ini agar mangsa rogol tersebut tidak melakukan tindakan yang di luar kawalan kita iaitu menjadi pelacur dan bertindak membunuh diri atas alasan masyarakat dan keluarga memandang serong dirinya.
Masalah ini tidak akan selesai jika hanya menunding jari antara satu sama lain. Kita perlu membuat perbincangan mengapa isu rogol terjadi. Kaum wanita sekali lagi dipersalahkan berkaitan dari segi pemakaian mereka yang kelihatan seksi dan menculuk mata kaum yang bergelar lelaki. Namun, mengapa timbul isu kanak-kanak perempuan dirogol dan di bunuh? Sedangkan kanak-kanak tersebut di antara lapan tahun sehingga sepuluh tahun dan masih belum akhil baliqh. Adakah mereka juga dipersalahkan? Hadis Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu berbanding perempuan yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Marilah kita sama-sama berfikir dan renung sejenak.
Tangisan ibu bapa dan ahli keluarga atas perbuatan kejam manusia yang bertopengkan syaitan sudah menjadi isu terhangat di dada akhbar. Bahkan seperti santapan pagi bagi rakyat di Malaysia. Ingatkah anda berkenaan kes adik Nurin Jazlin Jaziman, 8 tahun yang di rogol, didera sebelum di bunuh dengan kejam. Begitu juga dengan adik Nurul Huda,10 tahun dirogol, diliwat sebelum di bunuh di pondok pengawal pencawang TNB. Mereka ini ibarat kain putih yang suci dan tidak memahami dengan semua ini, namun mereka telah menjadi mangsa rogol. Terdapat juga isu rogol yang berlaku dalam sebuah bas. Mangsa tersebut bernama Noor Suzaily,24 tahun dan di temui mati di tepi jalan. Hal-hal sebegini akan membuat kaum wanita takut, bimbang dan tidak percaya dengan kaum lelaki.
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik darjah oleh empat murid tahun dua di sebuah sekolah rendah. Hasil siasatan guru-guru, di dapati bahawa seorang daripada murid tersebut mengulangi apa yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah, bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan sifat ingin mencuba, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Bagaimana ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini? Adakah anak perlu di persalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan?
Menonton vedio lucah juga merupakan salah satu punca mendorong seseorang lelaki melakukan zina dan merogol. Aksi-aksi yang melampau dan adegan lucah senang di dapati seperti di internet melalui telefon bimbit dan banyak lagi. Hal ini disebabkan teknologi yang serba canggih hingga tiada batas bak kata orang sekarang ‘segala di hujung jari anda’. Oleh itu, jika menyayangi anak-anak kita, janganlah terlalu mendedahkan yang tidak sepatutnya kepada anak terutama yang sedang meningkat umurnya. Sifat ingin mencuba sangat maksima dalam diri remaja sekarang.
Isu ini masih memberi tanda soal pada siapa yang perlu di pertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah ini daripada merebak lebih dahsyat lagi seperti penyebaran penyakit H1N1. Adakah masyarakat perlu sama turun padang dalam mencegah masalah ini. Malangnya tidak semua individu ingin turut membantu, mereka lebih rela di gelar seperti ‘katak di bawah tempurung’. Kita perlu mencari atau menyelesaikan isu ini dari akar umbi agar isu ini tidak wujud lagi.
Oleh itu, ibu bapa merupakan individu yang sangat penting dalam membentuk dan mendidik anak mereka bermula sejak kecil lagi dengan memantapkan diri dengan didikan agama bak kata pepatah ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Tidak cukup dengan mendidik, ibu bapa perlu memantau pergerakan dan memerhati sikap anak-anak mereka baik lelaki mahupun anak perempuan. Jika dapat di bendung adalah lebih baik sebelum ‘nasi menjadi bubur’. Namun ibu bapa juga perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka, barulah anak-anak dapat menghormati kita, bak kata pepatah, ‘bapak borek, anak rintik’.
Seterusnya, setiap individu perlu memantapkan dan mengisi diri mereka dengan ilmu agama dan iman yang kuat dengan mengikuti kelas agama, ceramah agama dan sentiasa muhasabahkan diri. Kita sebagai hamba Allah S.W.T perlu bijak melakukan tindakan agar tidak terpesong dari ajaran agama. Syaitan ada di mana sahaja dan sering membisik di telinga kita untuk melakukan kejahatan, InsyaAllah dengan iman yang teguh kita dapat menepis segala godaan syaitan dan iblis.
Namun jika semua sifat ini di miliki, namun terjadi juga masalah rogol ke atas kaum wanita, apakah cara lain yang harus kita praktikkan? Sebagai langkah berjaga-jaga, kita sebagai insan yang lemah perlu berwaspada dan bersedia segala kemungkinan yang berlaku. Ini bermaksud jika ingin pergi ke sesuatu tempat, di cadangkan agar berteman dan elak dari jalan di tempat sunyi.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah serius ini agar dapat di bendung dengan kadar segera. Hal ini perlu diambil tindakan tegas dalam menjatuhkan hukuman bagi perogol agar tiada mangsa terbaru yang tersiar di dada akhbar kelak. Anak-anak remaja merupakan generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri dengan ilmu serta menjadi insan serba boleh demi masa depan negara serta individu tersebut.
Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu saling membantu di dalam melakukan kebaikan dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan kemaksiatan”. (Al-Maidah ayat 2)
NORHAFIZAH BINTI MD NOH 207391
Read More......
NORHAFIZAH BINTI MD NOH 207391
Wednesday, September 15, 2010
Posted in | |
0 Comments »