PENGENALAN
Masalah kekeliruan gender semakin mendapat perhatian ramai masyarakat di Malaysia ketika ini. Jika di luar negara isu ini sudah menjadi kebiasaan dan golongan ini telah diangkat ke tahap yang perlu dihormati sehingga perkahwinan sesama jenis adalah ‘dihalalkan’ di sana. Lihat sahaja role model mereka iaitu arti-artis barat yang banyak mengalami kekeliruan gender ini.  Berbeza dengan masyarakat di Malaysia, kerana di sini kita masih mempunyai agama dan adat resam yang perlu dipatuhi oleh setiap kaum di Malaysia.
Di Malaysia juga, golongan ini diselar, di pandang serong dan mendapat tentangan sepenuhnya oleh masyarakat sehingga pihak atasan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi golongan ini dengan ‘kurang ajarnya’ tidak mempedulikan dengan sebarang fatwa dan teguran yang telah dikeluarkan, malah mereka berani menentang dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang ‘bodoh’ tanpa rasa segan dan bersalah.
Mereka lebih suka hidup dalam kesesatan berterusan tanpa mahu mengadakan sebarang perubahan dalam hidup mereka. Apakah motif mereka jadi begitu? Mungkin mereka ingin mendapat perhatian orang ramai dengan sikap mereka yang menjengkelkan atau mungkin juga mereka ingin memperlihatkan diri mereka lebih hebat berbanding dengan orang lain kerana mereka ‘berbeza’ dari orang sekeliling mereka. Pelbagai gelaran diberikan kepada golongan manusia yang mempunyai kekliruan gender ini; sebagai contoh, pengkid, tomboy, lesbian, gay dan banyak lagi.

Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870. Perkataan lesbian daripada kata sifat merujuk Pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubungkait dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain. Hubungan lesbian juga menjadi satu kebiasaan di kalangan wanita pada zaman Sparta dulu di Greek.
Ahli sejarah Romawi, Plutarch menyatakan: “Cinta sangat disanjungi di kalangan mereka, remaja perempuan juga menjadi objek berahi bagi wanita bangsawan.” Ahli seni lama Greek Lucian menggunakan ‘lesbian’ sebagai kata sifat untuk merujuk kepada wanita homoseksual tetapi istilah yang selalu digunakan oleh penulis silam memberi makna sama ada wanita berkelakuan lelaki atau wanita yang ada hubungan seks dengan wanita lain.
Dari tahun 1920-an, lesbian menjadi istilah yang biasa digunakan. Sesetengah wanita yang terbabit dalam hubungan jantina sama jenis tidak menampilkan imej dirinya lesbian tetapi sebagai biseksual, iaitu suka kepada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita serta sikap ganjil yang lain. Islam dari awal mengecam keperibadian buruk seperti itu, lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.
            Hadis di riwayatkan al-Bukhari dan Ashabus Sunan dari Ibnu Abbas, katanya (maksud): “Rasullulah s.a.w melaknati kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wantia yang menyerupai lelaki.” Dalam hadis di riwayatkan Bukhari lagi: “Rasulullah s.a.w melaknati pondan-pondan dari lelaki dan juga wanita-wanita yang menyerupai lelaki.” Ahmad dan at-Tabrani meriwayatkan daripada seorang lelaki dari suku Huzail, katanya: “Saya telah melihat Abdullah bin Amru bin al-Ash yang rumahnya di tanah halal sedang masjidnya pula di tanah haram, katanya: Ketika aku berada di sisinya, dia terlihat Ummi Said binti Abu Jahal membawa busur dan panah dan dia berjalan berlagak seperti lelaki, maka bertanya Abdullah; siapa wanita ini? Jawabku, Ummi Said binti Abu Jahal. Maka kata Abdullah: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kita orang yang menyerupai lelaki dari kaum wanita dan tidak juga orang yang menyerupai wanita dari kaum lelaki.” 
            Perubahan budaya sudah lama berlaku di Barat, malah kini ia berada pada tahap kritikal kerana dalam sesetengah masyarakatnya membenarkan perhubungan romantis di antara sesama jantina, bagi menzahirkan kehidupan mereka lebih bebas. Pusat Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan Kerajaan Amerika Syarikat ada melakukan penyelidikan dalam tahun 2002 dan hasilnya dikeluarkan dalam satu laporan 2005 membabitkan tingkah laku seksual lelaki dan wanita berusia 15-44 tahun di negara kuasa besar itu. Keputusannya menunjukkan di antara wanita berusia 15-44, sebanyak 4.4 peratus dilaporkan mempunyai pengalaman hubungan seks dengan wanita yang lain dalam tempoh dua belas bulan sebelum itu.  Apabila wanita berusia 15-44 terbabit diajukan pertanyaan: “Apakah anda pernah terbabit dalam hubungan seks dengan wanita lain”, sebanyak 11 peratus menjawab ‘ya.’
            Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai pengkid. Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan. Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis. ‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.
‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini. Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.
               Sesetengah pihak cuba bersuara untuk mempertahankan hubungan di luar fitrah sesama wanita, dengan alasan suatu kebebasan dan kononnya prinsip sama rata bagi golongan terbabit, sedangkan ia jauh terpesong daripada fitrah kemanusiaan dan terang-terang merosakkan imej wanita. Walaupun segelintir mereka yang terbabit dengan nafsu songsang itu mendakwa mendapat kepuasan, ketenangan dan kedamaian, tetapi ia sebenarnya ketenangan palsu, malah lebih kepada kecelaruan. Semuanya tidak lebih daripada kebejatan sosial yang perlu dijauhi. Abdullah Nasih Ulwan melalui buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam menyatakan, selepas Perang Salib-Kristian yang mengambil tempoh dua kurun, golongan terbabit berusaha sedaya upaya menjatuhkan orang Islam, antaranya merosakkan imej wanita Islam dengan menonjolkan kepentingan gerakan pembebasan wanita. Malah, mereka menimbulkan perdebatan membabitkan hak dan persamaan mereka dengan lelaki, mencacatkan undang-undang Islam mengenai perkara poligami, yang semua itu untuk membangkitkan kekeliruan dan menimbulkan syak terhadap kesesuaian syariat Islam dan amalannya dalam kehidupan ini.
            Kaum Yahudi juga yang mengisytiharkan mereka memahami teori Freud dengan menafsirkan segala sesuatu dari hal perilaku manusia itu melalui jalan naluri seks dan kebebasan dalam jalan syahwat dan kelazatan. Mereka mengemukakan ideologi Nietche yang menolak akhlak dengan membolehkan setiap manusia melakukan sesuka hatinya asalkan mereka senang walaupun menarik kepada pembunuhan dan pengaliran darah. Al-Quran menempelak mereka yang mengikut nafsu: “Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?  Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqan: 43-44). 
          Sayid Qutb dan Abul Ala al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim ada menyatakan: “Bila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng itu tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri, menjadi orang yang berakhlak bejat dan rosak, hidup anda akan hancur di dunia dan di akhirat nanti.

DEFINISI PENGKID

Pengkid  ialah seseorang yang secara lahiriah dan fizikalnya adalah seorang perempuan tetapi mempunyai naluri seorang lelaki. Nafsunya adalah pada seorang perempuan tetapi bukan lelaki.
CIRI-CIRI PENGKID

Tubuh badan seperti lelaki.
Berambut pendek ( ada juga yang berambut panjang tetapi mengikut style lelaki)
Bergaya seperti lelaki ( pakaian, cara bercakap, cara hidup dan lai-lain)
Membengkung payudara.
Amat tertarik dengan wanita cantik.
Menjalinkan hubungan dengan wanita sahaja sehingga bercinta dan melakukan seks.(homoseksual).
Mempunyai ego yang sangat tinggi ( bagi sesetengah pengkid)
Sesetengah pengkid tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan.
Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan terutama apabila diganggu.
Kadang-kala sukar melupakan pasangan yang pernah dicintainya.
Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata.

    DEFINISI TOMBOY

    Tomboy ialah seseorang perempuan yang suka berpewatakan dan imejnya seperti lelaki. Tetapi mereka tidak mempunya naluri seperti lelaki, mereka tetap menyukai lelaki sebagai pasangan mereka. Mereka hanya bersandarkan pada imej semata-mata. Perbezaannya mereka nampak lebih kasar dari seorang perempuan biasa.
    CIRI-CIRI TOMBOY
    • Berpewatakan seperti lelaki selalunya dari segi pakaian.
    • Suka menyertai aktiviti lasak dan mencabar.
    • Bukan homoseks ( lesbian atau pengkid)
    • Mempunyai perasaan terhadap lelaki.
    • Bersikap kasar dan ganas.
    • Minat terhadap jenama-jenama yang digunakan oleh lelaki.
    • Suka bergaul dan berkawan dengan lelaki.
    • Suka menunjukkan kehebatan diri sendiri di hadapan lelaki.
    • Tidak suka melakukan kerja-kerja seorang perempuan seperti memasak, mengemas, membasuh baju dan lain-lain.

    DEFINISI LESBIAN 

    Lesbian ialah seorang perempuan yang masih mempunyai imej seperti seorang perempuan tetapi keinginan seksnya adalah terhadap seorang perempuan. Pun begitu, golongan seperti ini kebanyakannya mempunyai nafsu seks terhadap lelaki dan perempuan (bisexual).

    CIRI-CIRI LESBIAN

    • Menonjolkan sifat-sifat sejati seorang wanita.
    • Homoseksual. Tetapi kadang-kadang bisexual.
    • Sangat menyukai wanita cantik dan seksi.
    • Sesetengah lessy kuat cemburu.
    • Suka keluar berhibur dan berpesta dengan rakan-rakan di kelab-kelab.( Pesta wajib adalah Ladie’s Night)
    • Sanggup melakukan seks sesama mereka.
    • Berpaksikan kepada kepercayaan bahawa hanya seorang wanita yang memahami kehendak dan keinginan seorang wanita.
    DEFINISI GAY/ MAK NYAH
    Gay atau Mak nyah ialah seorang lelaki yang berpewatakan seperti seorang perempuan dan keiniginan seksnya terhadap seorang lelaki. Mereka tidak tertarik dengan wanita tetapi lebih tertarik dengan seorang lelaki.

    CIRI-CIRI GAY/ MAK NYAH

    • Berpewatakan seperti seorang perempuan.
    • Mempunyai naluri seks terhadap seorang lelaki.
    • Kadang-kadang lebih cantik dan lembut dari seorang wanita biasa.
    • Lebih pandai menggoda dan melayan lelaki.
    • Tidak tertarik pada seorang perempuan.
    • Mempunyai sikap sensitif, cemburu dan merajuk yang melampau.
    • Golongan ini dikatakan lebih memahami kehendak dan keinginan seorang lelaki.
    • Menukar suara menjadi seperti perempuan.

    DEFINISI ANDRO

    Andro merujuk kepada golongan pengkid dan tomboy. Ia terbahagi kepada dua hard andro dan soft andro
    CIRI-CIRI HARD ANDRO


    • Berpewatakan seperti pengkid tetapi tidak membengkung payu dara.
    • Bergaya seperti pengkid.
    • Boleh menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan.
    • Tertarik kepada perempuan cantik.
    • Menjalin hubungan dengan perempuan sahaja (homoseksual)

    CIRI-CIRI SOFT ANDRO @ ANDRO FEMME

    • Berpewatakan seperti tomboy.
    • Tertarik kepada perempuan cantik atau pengkid (fleksibel)
    • Menjalin hubungan dengan wanita sahaja (homoseks)
    DEFINISI DRAG
    Drag merujuk kepada seorang pengkid atau mak nyah yang berjaya mendapatkan tubuh badan seperti lelaki atau perempuan. Perkataan Drag ini sering kali digunakan untuk mak nyah tetapi sebenarnya dalam komuniti PLU Female juga ada digunakan bagi mereka yang berjaya membentuk tubuh badan yang hampir sempurna seperti lelaki. Ia terbahagi kepada dua iaitu Drag King dan Drag Queen.
    • Drag King dikategorikan sebagai pengkid yang membengkung payu dara sehingga ‘flat’ dan memakai dildo.
    • Drag Queen dikategorikan sebagai mak nyah yang membuat payu dara palsu dan menyembunyikan ‘kelakian’ mereka.

    DEFINISI TRANSEKSUAL
    Transeksual adalah golongan yang memilih untuk menukar jantina mereka agar mereka benar-benar kelihatan seperti apa yang mereka mahukan. Mereka sanggup melakukan pembedahan penukaran jantina yang menelan belanja puluhan ribu ringgit. Negara yang menawarkan pembedahan penukaran jantina ialah Thailand, Singapura, Australia dan lain-lain.
    * Homoseks – seseorang yang menjalinkan hubungn sejenis sama ada perempuan dengan perempuan (lesbian) atau lelaki dengan lelaki (gay)
    * PLU = People Like Us – bermaksud orang-orang seperti kita yang juga terlibat dalam hubungan sejenis (gay atau lesbian).
    Biasanya bagi lesbian digelar PLU Female dan bagi gay pula digelar PLU Male.
    FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KEKELIRUAN GENDER (PENGKID, TOMBOY, LESBIAN, GAY)

    - Orientasi seksual remaja yang disebabkan genetik, hormon, kognitif serta   persekitaran.
    - Psikologi.
    - Pembawaan perwatakan diri.
    - Semasa mengandungkan bayi perempuan, hormon lelaki (testosterone) yang tinggi pada waktu itu akan menyebabkan bayi perempuan yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri kelakian yang lebih dan kecenderungan ke arah kelakian.
    - Begitu juga dengan gay, hormon perempuan yang tinggi pada waktu kehamilannya menyebabkan bayi lelaki yang dilahirkan itu adalah lebih cenderung ke arah keperempuanan dan meminati kaum sejenis(gay).
    - Secara psycology, hormon yang memainkan peranan dalam pembentukan kecenderungan seseorang bayi itu untuk menjadi seperti lelaki atau perempuan adalah hormon androgen. 
    Perkahwinan Homoseks (kaum sejenis).
      
      Negara-negara seperti USA, Britain, Canada, Australia, dan beberapa negara maju di Eropah membenarkan perkahwinan homoseks (lesbian & gay). Contoh PLU yang sudah berkahwin, artis Elton John dengan pasangan gaynya. Sewaktu perkahwinan Elton John dengan pasangan gaynya, David Beckham bersama isterinya Victoria Beckham telah menghadiri perkahwinan itu. Beberapa negeri di USA, termasuk Hawaii dan Vermont mempunyai undang-undang mengiktiraf perkahwinan sejenis ini.

    PUNCA-PUNCA KECELARUAN GENDER
    Apa yang mahu dibincangkan sebenarnya ialah adakah pengkid ini disebabkan genetik (lahir dalam keadaan yang berbeza dan mempunyai naluri yang berbeza sejak lahir) atau ia disebabkan oleh pengaruh. Tidak ada kajian sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay. Tidak kira pengkid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian sains dan kajian psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu.

    CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAH INI 
    ü  Bagi mereka yang terlibat dengan amalan luar tabi`i ini perlu diberikan nasihat dan bimbingan secukupnya agar mereka sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan kembali ke jalan yang diredai Allah serta menjalani kehidupan yang tabi`i.
    ü  Asuhkan anak-anak agar mencintai kebaikan, mengamalkan budaya yang sihat dan menghayati pekerti yang tinggi.
    ü  Pisahkan mereka daripada rakan seamalan.
    ü  Pindahkan mereka ke tempat lain yang mempunyai persekitaran yang selamat supaya mereka tidak berpeluang mengulanginya lagi.
    ü  Sentiasa memantau gerak geri mereka agar ianya selamat serta sentiasa berdoa untuk mereka.
    ü  Bekalkan mereka dengan pendidikan agama secukupnya. Dorongkan mereka mendekati Allah menerusi sembahyang, membaca al-Qur'an, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu, ceramah atau seminar dan apa-apa aktiviti yang berkaitan dan lain-lain.


    SITI SHAZWANI BINTI MOHD SHAMSURI  207384

    Monday, September 13, 2010 Posted in | | 2 Comments »

    One Responses to "~KEKELIRUAN GENDER~"

    1. Anonymous
      says:

      ada sikit info yang admin perlu perbetul, golongan tomboi juga ada yang meminati dan suka sama perempuan.

    1. Anonymous
      says:

      Maaf ya.. tulisan trlalu hijau.. susah nk baca.. btw thanks for the knowledge..

    Write a comment

    AKSI REMAJA KINI

    Test Widget