Salah satu gejala sosial yang melanda  dunia pada masa kini ialah kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa walaupun negara Malaysia sedang berkembang pesat kearah modenisasi dan globalisasi. Pada masa kini, nama Malaysia begitu terkenal di peringkat dunia. Kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu,disebalik kejayaan ini.malaysia dikejutkan dengan satu gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan rakyat Malaysia iaitu kes pembuangan bayi. Setiap hari,terdapat sahaja laporan bayi sama ada di media cetak atau media elektonik mengenai pembuangan bayi di jumpai di dalam tandas,tepi longkang dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan  berperikemanusiaan . 


DEFINISI PEMBUANGAN BAYI

Definisi pembuangan bayi ini adalah perkataan ‘buang’membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala maksud ‘pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang diberikan ini mampu memberikan kefahaman yang  lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini. Tindakan membuang bayi ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya dalam Islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93:
Dan sesiapa yang membunuh seorang  mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan  melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”.


ANTARA FAKTOR-FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI INI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

·         Kekurangan didikan agama
·         Pengaruh rakan sebaya
·         Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum golongan remaja
·         Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru

Dalam hal ini kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama antara faktor utama kes pembuangan berlaku. Kebiasaanya golongan remaja merupakan golongan yang terlibat dalam kes ini. Inilah kesannya apabila rohani seseorang remaja tidak diisi dengan ajaran agama secara mendalam. Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka tiada haluan hidup lalu terlibat dalam gejala negatif antaranya ialah pergaulan bebas dengan menjalinkan hubungan di luar tabii antara perempuan dengan lelaki sehingga menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Seterusnya, remaja tersebut akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. . Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka.

Selain itu, faktor kedua adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana pada usia muda,remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka terutamanya apabila bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak mereka melakukan perkara-perkara yang di luar batasan agama dan norma masyarakat misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjebak dalam perkara negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menyesal dan tidak menemui jalan penyelesaian apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan terdesak, tanpa berfikir panjang mereka mengambil keputusan membuangkan bayi mereka.

Sehubungan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum golongan remaja yang terlibat juga menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Hal ini kerana apabila seseorang remaja melahirkan anak luar nikah hasil hubungan sulit mereka semestinya masyarakat setempat menghina dan memandang rendah kepada mereka serta dianggap menjatuhkan maruah keluarga masing-masing Demi menjaga maruah diri dan keluarganya, remaja tersebut mengambil keputusan mudah dengan membuangkan bayinya di tempat-tempat tertentu untuk mengelakkan daripada dipandang jijik oleh masyarakat setempat. Mereka yang terlibat tidak sepatutnya dicemuh dan dijijik sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral daripada pelbagai pihak tertentu.

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau sifat ingin tahu. Sifat ingin tahu tentang sesuatu kelainan memang wujud dalam diri seseorang remaja itu. Kebiasaannya, mereka  ini gemar mencuba sesuatu benda yang baru dan menarik. Remaja berfikir bahawa mereka menjadi matang dan lebih dewasa apabila mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain terutamanya seks rambang. Mereka juga beranggapan pada usia remaja mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas  ini. Mereka seharusnya berfikiran rasional dan bijak dalam menilai baik dan buruk apabila membuat sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari.

                                                                                                            
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang sepenuhnya kepada anak-anak terutamanya pada peringkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayanag dari ibu bapa dan rakan sebaya. Sekiranya ibu bapa sibuk, mereka tidak perlu mengabaikan anak-anak mereka, sebaliknya perlu  memnatau tindakan dan pergerakan serta meluangkan masa bersama-sama mereka. Sekiranya  ibu bapa kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka  supaya tidak terjebak dalam masalah sosial ini.

Selain itu, pihak sekolah atau institusi tertentu juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Pendidikan ini penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Melalui pendidikan juga, pihak sekolah atau institusi tertentu perlu menerapkan nilai-nilai murni dan seimbangkan akademik serta sahsiah golongan remaja ini. Jangan terlalu fokus dan menganggap pendidikan sahaja penting malahan sahsiah remaja juga perlu diberi perhatian sewajarnya.


KESIMPULAN

Permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada  hari ini sememangnya amat membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Justeru itu, semua warga masyarakat tidak mengira kaum haruslah bersatu padu mengembleng tenaga membantu mencegah dan membanteras gejala sosial supaya tidak menular dengan lebih serius lagi serta ia dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.

Pihak atasan dan juga badan-badan kebajikan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah, program-program dakwah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar tentang kesan serta bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan secara bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini.  




























NUR ZALIKHA BINTI AHMAD KAMIL AFENDI  207398


Monday, September 13, 2010 Posted in | | 1 Comments »

One Responses to "~GEJALA SOSIAL PEMBUANGAN BAYI~"

  1. lissalin says:

    thanks to ur article.. it help me alot..

Write a comment

AKSI REMAJA KINI

Test Widget