DEFINISI REMPIT

Mat rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. Ia merupakan satu gejala social remaja di Malaysia pada masa kini. Walaupun kebanyakkan mat rempit sering berlumba,ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya dijalan raya. Mat rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat rempit juga dikaitkan gangster,rompak berkumpulan, pergaduhan,laku musnah,kecurian dan buli. Kini taman perumahan turut ditukar menjadi  litar lumba oleh mat rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 mat rempit.




FAKTOR-FAKTOR GEJALA REMPIT

1.    Kurangnya perhatian daripada ibubapa
Kurangnya perhatian daripada ibubapa terhadap anak-anak remaja sering dikaitkan dengan gejala rempit kerana disebabkan faktor ini anak terasa diri mereka tidak dihargai oleh keluarga. Faktor kesibukan dengan lambakan kerja menyebabkan ibubapa sukar meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Remaja mempunyai pemikiran yang terbatas dan terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan. Apabila mereka melihat ibubapa mereka sibuk dengan kerja, mereka mengangap mereka tidak penting dalam keluraga tersebut. Secara tidak langsug ramai remaja keluar rdari rumah dan seterusnya terdedah kepada gejala yang tidak sihat ini.

2.    Runtuhnya institusi keluarga tangga
Keruntuhan rumah tangga yang berlaku pada masa kini boleh dikaitkan dengan gejala social yang berlaku pada masa kini terutama gejala rempit. Hampir kesemua mat rempit adalah mereka yang berasal dari keluarga yang  bermasalah. Anak-anak remaja terutamanya menjadikan keluarga sebagai tempat rujuakn dan tempat mengadu masalah. Keluarga yang huru hara sebegini perasaan anak – anak terganggu. Contohnya ibubapa  yang selalu bergaduh , dipihak anak-anak pula mereka akan bosan dengan apa yang berlaku dan apa yang mereka harapkan dirumah ialah dapat bermesra dengan ibubapa yang tersayang dan berkongsi masalah,hancur dengan melihat keadaan keluarga sedemikan. Ini menyebabkan mereka sanggup keluar dari rumah untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan dirumah. Di luar rumahlah akan terdedah debu-debu gejala yang tidak sihat dan seterusnya mereka akan terlibat sama.

3.    Pengaruh rakan sebaya
Faktor ini dikaitkan dengan gejala rempit ini adalah kerana rakan-rakan adalah lebih rapat jika dibandingkan dengan ibubapa atau keluarga. Pengaruh ini secara tidak langsung membentuk sahsiah diri remaja itu sendiri. Faktor ini jugalah menyebabkah remaja menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu walaupun mereka tahu apa yang mereka lakukan menyalahi undang-undang mahupun norma hidup masyarakat.

4.    Kurangnya didikan agama
Faktor ini sebenarnya dapat disimpulkan dengan melihat bagaimana remaja khususnya yang terlibat dengan gejala rempit ini melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram malah ada yang terlibat dalam aktiviti perjudian  dan pelacuran. Semua agama dalam dunia ini melarang perlakuan sebegini rupa. Islam contohnya menegah sama sekali perbuatan lumba haram disebabkan oleh kesan buruknya seandainya berlaku kemalangan, sekiranya  pemandu itu mati,dia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh perlakuannya.


KESAN MEREMPIT

Pembangunan social semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.  Banyak rungutan dapat didengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat dan menganggu mereka beristirehat. Golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan digelar “mat gian”. Kesan daripadanya membawa kepada kes-kes seperti mencuri,meragut,pecah rumah dan sebagainya. Dan palingmembimbangkan adalah konsep taruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlumbaan haram tersebut. Langkah yang drastik harus difikirkan agar kisah pembuangan bayi,anak luar nikah dan AIDS dapat dielakkan.

Ekonomi , mat rempit mensia-siakan waktu muda mereka dalam  memajukan diri mereka kearah yang boleh memakmurkan Negara dan potensi diri mereka sendiri. Lantas kealpaan mereka digunakan dan diambilalih oleh pekerja asing kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan Negara. Apa yang membimbangkan adalah rata-rata  mat rempit ialah dikalangan remaja. Oleh itu siapa yang akan menjadi pemimpin Negara sekiranya masalah ini terus berleluasa.

Politik, generasi sekarang,merupakan pewaris Negara yang bakal menjadi pemimpin Negara suatu hari kelak. Namun sekiranya gejala ini masih merebak diserata tempat , adakah masih ada golongan yang mampu memimpin Negara ini suatu hari nanti. Kita perlukan remaja yang berani,berwibawa,berkeyakinan, tetapi keberanian remaja sekarang bukan pada tempatnya. Mereka berani, yakin menunjukkan aksi rempit mereka diatas jalan raya. Ia bukan mempertaruhkan nyawa mereka sahaja bahkan ia melibatkan orang awam. Lantas bilangan remaja yang berkarisma semakin berkurangan. Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit, akhirnya mereka akan menjadi kaum yang terpinggir  dalam urusan kemodenan dan kemajuan di Negara mereka sendiri



NASIBAH BINTI MOHD YUSOFF  207456

Saturday, September 11, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "~REMPIT~"

Write a comment

AKSI REMAJA KINI

Test Widget