Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina yang membawa maksud hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah. Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks haram adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan melibatkan pasangan kekasih yang cenderung melakukannya sebelum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri. 

Kesan yang ditanggung daripada gejala seks bebas ini adalah dalam tempoh yang lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.Islam sendiri melarang keras zina mahupun seks bebas melalui, firman Allah bermaksud: 

Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32 ).
Tersebut di dalam Hadits Nabi s.a.w pula: 

“ Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ad enam perkara buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun yang di dunia ialah: Hilang seri pada wajah, pendek umur dan sentiasa miskin… Adapun di akhirat, mendapat kemurkaan Allah SWT, buruk perkiraan di padang Mahsyar dan mendapat azab nereka”

Kita tidak boleh membenarkan kebebasan tanpa had dibiarkan berleluasa di negara ini. Masyarakat kita sering disajikan dengan masalah keruntuhan moral di kalangan rakyat. Semakin ramai pasangan berani melakukan aksi yang terlampau malah menjijikkan di hadapan orang ramai. Mereka sudah berani bercumbu di taman-taman, di dalam kenderaan awam, pawagam malah di mana-mana sahaja asalkan mereka dapat melepaskan segala kerinduan dan nafsu.
(Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin perlu ada batasnya terutama bagi golongan remaja-Gambar hiasan semata-mata)     

Masyarakat Timur merupakan sebuah komuniti yang kaya dengan sopan santun dan pemalu. Muda-mudi kini semakin bebas bergaul dengan sesuka hati tanpa mengira segala nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa.  Ketika kerajaan sibuk melaungkan Belia Sihat dan sebagainya, masih banyak pihak cuba menghancurkannya dengan mengadakan pelbagai pesta di pusat-pusat hiburan yang berunsurkan pergaulan bebas.

Kesopanan dan kesusilaan yang menjadi Rukun Negara Malaysia langsung dilupakan oleh kebanyakan rakyat. Kita tidak harus terkejut pada suatu hari nanti jika remaja semakin hebat mengamalkan prinsip kebebasan. Tanda-tanda kehebatan remaja kita boleh dilihat di mana-mana sahaja termasuk di kawasan pedalaman. Seks bebas sudah semakin berleluasa di mana-mana sahaja dan angkanya semakin membimbangkan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SEKS BEBAS
o   Faktor biologi
o   Faktor teman hubungan (pasangan)
o   Pergaulanb ebas
o   Kurang didikan agama
o   Media massa
o   Perpecahan keluarga
o   Kesempitan wang
o   Faktor kerajaan.

GEJALA SEKS BEBAS DIKALANGAN REMAJA
Kajian yang telah dibuat oleh Lembaga Penduduk dan. Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan remaja adalah amat memeranjatkan: di mana didapati 24 peratus dari kalangan remaja berusia 13-19 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks manakala 80 peratus daripada remaja berusia 13-18 telah terdedah kepada bahan-bahan lucah termasuk lebih kurang 50 peratus dari remaja 13-15 tahun mengaku membaca buku lucah dan 44 peratus pernah melihat bahan lucah seperti majalah dan video. Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 53,309 `anak tak sah taraf' telah didaftarkan dalam tempoh 1999 hingga 2001 [Utusan Malaysia, 13 Nov. 2002]. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh seperti jenayah dan maksiat semakin meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan baru ke sekolah akhlak dan asrama kelolaan jabatan itu, contohnya seramai 675 remaja dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun 1993 kes kemasukan baru di asrama akhlak menunjukkan peningkatan yang begitu serius iaitu 1505 kes berbanding tahun sebelumnya 376 kes. Dari jumlah itu kebanyakan gadis yang membabitkan diri dalam kancah maksiat berumur antara 15 dan 18 tahun, rata-rata adalah mereka yang masih menuntut. Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail iaitu sebanyak 1,199 atau 54 peratus daripada 2234 wanita yang terbabit dalam kegiatan maksiat di antara tahun 1990 - 1993 berumur kurang dari 18 tahun. [Watan, 13 Julai 1996]
Mungkin kajian ini tidak menggambarkan keseluruhan keadaan sebenar masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas,namun ia patut menyedarkan semua pihak khususnya ibu bapa, badan-badan kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta pertubuhan agama mencari jalan terbaik bagi merungkai permasalahan sosial yang kian meruncing dari sehari ke sehari ini
Penglibatan para pelajar dan golongan remaja di dalam pergualan dan seks bebas tidak menjadi satu perkara rahsia lagi. Pendedahan mengenai kegiatan dan permasalahan telah lama dibuat. Namun, keadaannya bukan menjadi bertambah baik tetapi semakin kritikal. Berdasarkan bilangan responden yang dikaji oleh pensyarah berkenaan maka kita boleh merumuskan bahawa 99 peratus pelajar terbabit mempunyai pengalaman melakukan hubungan seks kecuali seorang sahaja.
Angka ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah kerana gejala sosial yang melibatkan golongan pelajar menjadi semakin tidak terkawal. Punca dan faktor yang menyumbang kepada berlaku gejala sosial di kalangan pelajar perlu dicari dan dikenal-pasti dengan segera. Membiarkan perkara itu tanpa sebarang tindakan yang konkrit akan menyebabkan kebejatan sosial di sekolah menjadi bertambah parah.
Satu siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan dilakukan termasuk juga membuat penilaian semula terhadap peraturan dan pengurusan sekolah serta sistem pendidikan yang diguna-pakai hari ini. Dengan kemajuan dan pembaharuan yang dilakukan ke atas sistem pendidikan negara, mutu disiplin dan kesedaran sivik para pelajar sepatutnya semakin meningkat naik. Yang berlaku adalah sebaliknya di mana keruntuhan akhlak dan kemerosotan moral kian menjadi-jadi.
Para pelajar merupakan generasi masa depan yang perlu diasuh dan di didik dengan baik. Kerosakan yang berlaku kepada golongan pelajar akan menyebabkan kerosakan yang lebih kronik di dalam masyarakat.
PENDIDIKAN SEKS
Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pendidikan seks dalam syllabus pembelajaran persekolahan.
Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia.Termasuk di dalam pendidikan seks ini ialah pengajaran tentang nilai-nilai yang seharusnya wujud bersama hubungan seks tersebut. Misalnya, nilai masyarakat Malaysia bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas berkahwin, juga hubungan tersebut perlu disertakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan seumpamanya.
Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang


Pendidikan seks hanyalah penyelesaian kepada simptom, bukan menyelesaikan masalah utama. Penyelesaian masalah seksual mesti melibatkan tiga pihak iaitu individu, kelompok dakwah dan pemerintah. Kebaikan mahupun keburukan pendidikan seks ini perlulah dibuat kajian terperinci kerana melibatkan isu-isu yang boleh dianggap sensitif terutama bagi golongan ibu bapa. Apa yang penting masalah ini perlu ditangani segera samada diteruskan pendidikan seks tersebut disekolah mahupun sebaliknya.


KESAN-KESAN GEJALA SEKS BEBAS

Dari sudut kesihatan seks bebas ini sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.
Antara kesan-kesan lain seks bebas ini ialah:
  • Berleluasanya aktiviti pelacuran
  • Banyak kes jenayah seperti rogol semakin berleluasa.
  • Penyakit kelamin.
1.    Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks.
2.    Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria dan kulat.

  • Di antara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah :-
1.    AIDS / HIV
2.    Sifilis  
3.    Genitial  
4.    Hepatitis A
5.    Hepatitis B 
6.    Herpes
7.    Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infecti)

KESIMPULAN

Tidak ada lagi perkara lain yang paling membimbangkan daripada perkara meningkatnya gelombang seks dan serangan seks tidak putus-putus menggoda manusia dengan tenaga luar biasa, di mana setiap orang mungkin terjebak kepadanya jika tidak tersekat oleh ketakutan neraka, penyakit kelamin ataupun kehamilan. Ia bukan sahaja boleh membuat seseorang menjadi binatang buas dari segi akhlak, tetapi akan merosakkan masyarakat keseluruhannya. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan gejala seks bebas dapat dibendung dengan seriusnya.

HUSNA HAFIZA BINTI MOHD SANI 207413

Sunday, September 12, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "~GEJALA SEKS BEBAS~"

Write a comment

AKSI REMAJA KINI

Test Widget