Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Sewaktu malancarkan kempen ‘Karnival Enam Jahanam’ oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap bahaya. Oleh itu, kerajaan mengistiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. Apakah sebenarnya itu dadah?  Dadah ialah bahan kimia psikoatif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, ganguan tingkah laku, mengubah fungsi tubuh badan,perasaan dan sebagainya. Penggunaan yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakkan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.

Jenis-jenis dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, syabu dan ganja. Namun mengikut PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) sebenarnya dadah ini dibahagikan kepada beberapa jenis seperti opiate, kanabis, depresen, stimulatant, halusinogen, inhalant dan precursor.. Dadah stimulatant (peransang) sama ada yang asli atau yang tiruan boleh meransang aktiviti sistem saraf pusat. Dadah jenis ini boleh meransang otak. Ia akan menjadikan seseorang berasa khayal dan gemar bercakap. Dadah jenis ini juga boleh membuat seseorang kurang keinginan untuk tidur. Ramai dikalangan pelajar mengambil dadah jenis ini untuk belajar kerana ia dapat menghilangkan rasa mengantuk. Ini memberikan gambaran kepada para pelajar bahawa langkah mengambil dadah  jenis ini mereka dapat belajar dengan lebih tekun lagi. Namun demikian jika dadah ini diambil terus menerus boleh menyebabkan seseorang itu pitam dan tidak sedarkan diri. Antara dadah tergolong dalam kumpulan ini ialah yang asli kokain, kafien epinefrina (adrenalin) dan ephedrine manakala tiruan pula amfetamin (benzadrine, Dexedrine, methedrine) dan phenmetrazine (preludin).

Selain dari itu dadah depressant (penekanan) dari segi perubatan digunakan sebagai ubat tidur, bagi mengubati penyakit sukar tidur. Ia akan menyebabkan seseorang berasa tenang dan mengantuk. Dadah jenis ini menjadikan seseorang berasa senang dan gembira (europhia) serta melegakan ketenangan  dan rasa terikat. Akhirnya seseorang tidak berasa segan silu, sebaliknya menjadi yakin dan suka bercakap. Bagaimanapun adakalanya seseorang itu hilang pertimbangan dan sukar mengawal diri. Seseorang menjadi mabuk jika dadah jenis ini diambil berlebihan, ia akan berasa mengantuk dan tidak sedarkan diri malah boleh membawa maut. Dadah yang termasuk dalam golongan ini bagi asli ialah kurare manakala tiruan pula ubat menenteramkan  barbiturat (Librium, valium), Methaqualone (mandrax).

Seterusnya dadah jenis Halusinogen ialah bahan yang dihasilkan dalam badan manusia untuk mengubah deria persepsi atau kadar sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi fikiran dan emosi  dengan membatalkan penghantaran neurotoksik ensefalus. Dadah yang termasuk dalam golongan ini ialah terdiri daripada asli dan tiruan iaitu asli ganja, peyote (mescaline), hallucinogenic mushrooms (psilocybin), morning glory seeds. Manakala tiruan Iysergic acid diethylamide (LCD), diethyltyptamine (ET),dimethyltyptamine (DMT), STP (Dom), phencyclidine (PCP). Dadah nakotik ialah dadah yang berbahaya sekali ialah jenis narkotik dan yang banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah candu, heroin, morfin, kokain manakala tiruan petidina (mepuiddine/demoral), metadon (dolophine).

Dalam era milinium ini, dadah dilihat menguasai semua peringkat umur dan latar belakang pendidikan. Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara ini terdiri daripada golongan remaja berusia antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama menjadi penagih ialah kerana keseronokkan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh samada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan.

Penyalahgunaan dadah yang berterusan ini boleh mendatangkan kesan kerosakkan kepada diri terutamanya dari segi kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara. Kesan kepada penagih jelas dapat dilihat dari segi fizikal iaitu penagih menjadi kurus, lemah tenaga, khayal, ganas, rasa ketagihan yang berlebihan sehingga berkemungkinan boleh membawa maut. Selain itu juga dari segi kesihatan pula mudah mendapat penyakit seperti meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS/HIV, Hepatatis B, C dan D, kerosakkan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan menjadi lumpuh. Seterusnya pula adalah kesan kepada masyarakat suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Di samping itu juga, persengketaan dan perselisihan faham antara ibu bapa boleh, dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah ini. Negara juga terpaksa menanggung beban kewangan bagi membina pusat-pusat serenti dan juga menyebabkan negara menjadi mundur.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan ini memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Masyarakat harus dididik sejak kecil bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh di sentuh. Sekiranya kita sebagai warganegara berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan akan tercapai. Selain itu juga langkah kerajaan perlu perangai dadah habis-habisan dengan kempen, program serta aktiviti-aktiviti berkaitan dadah agar memberi  pendedahan terutamanya remaja tidak terjebak ke kancah najis  ini. Setiap individu pula perlu menyemai rasa menghindari daripada dadah ini  dan perlu dididik dari kecil bak kata pepatah ‘Melentur Buluh Biarla Dari Rebungnya’. Sekiranya kita menyemai nilai ini dalam hati sanubari anak-anak terutamanya, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai.




Kesimpulannya kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah yang dihormati. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah  yang ‘menjahanamkan’ masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu ‘Perangi Dadah Habis-Habisan ‘.






NUR HAZWANI BINTI ABD AZIZ                   207438

Monday, September 13, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "~DADAH~"

Write a comment

AKSI REMAJA KINI

Test Widget