“ Dan hendaklah ada di antara kamu suatu ummah (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat ma'aruf dan mencegah perkara mungkar. Mereka itulah yang beroleh kemenangan. "
- Surah Ali-Imran : 104
PENDAHULUAN

Ancaman penyebaran ajaran sesat semakin menjadi-jadi di kalangan umat islam di negara ini. Bahkan ianya semakin berkembang pesat walaupun terdapat pelbagai pemantauan yang telah dijalankan oleh pihak  berkuasa. Ancaman ini sangat memberi impak kepada umat islam kerana ia dapat menguji akidah mereka. Berwaspadalah dari terjebak kedalam kancah ajaran-ajaran sesat kerana ianya boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran dan menyumbatkan pelakunya ke dalam neraka - na’uzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan darinya). Kita juga mestilah berwaspada terhadap label-label ajaran sesat yang dilontarkan kepada golongan-golongan tertentu atas pengaruh politik.

Umum telah ketahui,bahawa ajaran sesat ini telah bermula dari zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah Musailamah al Kazzab iaitu dari keturunan hanifah dan Ashwad bin Unsi. Musailamah al Kazzab telah mengaku bahawa dirinya adalah seorang Nabi dan telah berjaya menyesatkan serta memurtadkan ramai orang islam pada zaman tersebut. Perkara ini telah diketahui oleh Rasullullah lagi sebelum baginda wafat. Ini kerana,selepas berlaku pertemuan dengan Musailmah, baginda telah menceritakan mimpinya kepada sahabatnya.

Para sahabat bertanya kepada perihal mimpi baginda..Nabi Muhammad berkata “ Aku lihat dalam mimpi,semua harta dunia ini diserahkan kepada aku, kemudian aku dapati di tangan aku terdapat dua gelang daripada emas. Aku berasa benci kepada aku hembus keduanya dan kedua-dua gelang itu terbang.

Para sahabat bertanya “ Apakah yang kamu tafsirkan dua gelang tersebut ? ”Nabi Muhammad “ Aku tafsirkan keduanya, dua orang pendusta yang keluar di Semenanjung Arab mengaku menjadi nabi dan Allah mengazab mereka.”


TAKRIF AJARAN SESAT

            Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang islam atau orang-orang bukan islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam  berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang telah dibahagikan kepada 3 bentuk utama, iaitu bentuk yang pertama ialah ajaran. Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru ajaran sesat yg menggunakan berbagai-bagai nama. Kedua, ialah Tarikat. Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyur di kalangan umat islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Bentuk ketiga pula ialah melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung dengan amalan mistik. Bentuk kepercayaan menjadi lumrah kepada di kalangan orang melayu islam di Negara ini kerana ianya bersifat :-
a.    Pemujaan ke tempat yang dianggap keramat
b.    Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali (memiliki kelebihan)
c.    Kepercayaan kepada kuasa-kuasa sakti
d.    Kepercayaan kepada dukun-dukun/bomoh yang mempunyai ilmu perubatan.


CIRI-CIRI ORGANISASI AJARAN SESAT, ANTARANYA :
Organisasi ajaran sesat pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang memudaratkan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Ø  Mempunyai pengucapan mengenai Alam Ghaib
Ø  Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
Ø  Mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa
Ø  Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya.


CIRI- CIRI UTAMA AJARAN SESAT

                    Mempercayai  orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru  namanya. Semua manusia dan makhluk yang hidup atas dunia ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari kiamat untuk menerima pembalasan.
o   Firman Allah S.W.T.
§  “ Tiap-tiap diri ( sudah tetap ) akan merasai mati, kemudian akan dikembalikan kepada kami ( untuk menerima pembalasan ).
( Surah al-‘Ankabuut : 57 )
Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya. Kebanyakan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikutnya sahaja.
o   Firman Allah S.W.T.
§  “ Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan  kepadamu dari Tuhanmu.”
(Surah al-Maidah: 67 )
                    Mengagung-agungkan keturunan Yahudi. Sesetengah guru ajaran sesat megaku dirinya sebagai keturunan Yahudi dan mendakwa  menerima wahyu daripada Allah.
o   Firman Allah S.w.t.
§  “Demi sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik….”
(Surah al-Maidah: 82 )
                    Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi.Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi.
o   Dalil-dalil dari Al-Quran
Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w sebagai Nabi yang terakhir adalah seperti berikut :
 “ Bukankah Nabi Muhammad itu ( Dengan sebab ada anak  Angkatnya ) yang menjadi bapa yang sebenar bagi seeorang dari lelaki kamu, tetapi di adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi-nabi. Dan ( ingatlah ) Allah adalah Maha Mengetahui akan tipa-tiap sesuatu “.



NOR HAYATI BINTI NASIR                   207462

Monday, September 13, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "AJARAN SESAT"

Write a comment

AKSI REMAJA KINI

Test Widget